Harga Buku Sewaktu-waktu Bisa Berubah...
Fatwa-fatwa Pilihan: Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah /GRI : Mitra Ahmad

Fatwa-fatwa Pilihan: Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah /GRI

Penerbit : Griya Ilmu
Penulis : Syaikh ‘Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf
Tahun Terbit : --
Kertas & Halaman : --
Ukuran Buku : --
Kategori : Agama
ISBN : 9789792409482
Harga : Rp 60,000
25%   
Rp 45,000
Share
|

Berat: 800 Gram.

 

Syaikh al-Islam Taqiyuddin Ahmad B. ‘Abdul Halim B. Taimiyah, atau lebih dikenali dengan nama Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang ulama ulung pada zamannya yang tidak dapat disangkal lagi.

Beliau adalah ilmuan, imam, samudera ilmu, purnama para ulama, bintang yang berkilauan, rujukan umat, dan tokoh terbilang di masanya sehingga ke hari ini.

Namanya harum, dan karyanya bertimbun memenuhi perpustakaan dengan tebal berjilid-jilid.

Kitab-kitab tinggalan beliau memiliki kandungan ilmiyah yang mantap, padat, dan olahan yang tuntas. Perbahasannya luas, methodologinya lurus, bentangannya menarik, paparannya memuaskan, bahasannya cukup kuat, hujahnya tidak tersangkal. Faedah dan lambakkan manfaat terhimpun dalam karya-karya beliau dan sering menjadi rujukan para ilmuan terkemudian. Karyanya meliputi pelbagai bidang baik ‘aqidah, hadis, fiqh, tafsir, sirah, rudud, firaq, dan selainnya. Ini semua menggambarkan betapa samudera ilmu yang Allah kurniakan ke atas beliau.

Sebahagian besar dari kitab-kitab tinggalan beliau tersebut telah pun dicetak kemas zaman ini sehingga mencecah lebih dari 100 jilid.

Adapun buku ini, Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf hafidzahullah berusaha mengeluarkan, menukilkan, dan menghimpunkan sebahagian dari apa yang terkandung dalam timbunan karya-karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menggunung dari hal-hal yang bermanfaat lagi berfaedah buat kalangan awam. Allah Suhanahu wa Ta’ala telah memberi taufiq kepada penulis untuk membaca dan memahami kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah khasnya kitab Majmu’ Al-Fatawa, lalu beliau pun merangkumnya menjadi 160 persoalan pilihan dalam sebuah kitab bernama Al-Muntakhab min Kutub Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (Intisari dari kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah).

Rangkaian tema-tema utama lagi terpilih yang terkandung di dalam buku ini berkisar pada permasalahan-permasalahan yang terkadang luput dari perhatian para penuntut ilmu, sama ada dari segi ilmiyah mahupun amaliyah. Juga berkaitan masalah-masalah penting bagi ahli ilmu, da’i, mahupun para pembimbing, khususnya saat ini di mana dominasi hawa nafsu dan fitnah cukup bergelojak sekali, serta pelbagai masalah-masalah penting lainnya.

Secara umumnya, Syaikh Alawi membahagikan buku ini kepada lima tema utama, iaitu tauhid dan aqidah, kemudian ilmu, jihad, dan politik syari’i, ketiganya beliau meletakkan tema khilaf, rudud (bantahan-bantahan), firaq (pepercahan), bid’ah, mashlahat, mafsadat, dan inshaf. Ke-empat, penulis meletakkan tema untuk perbahasan ushul dalam as-sunnah, meninggalkan bid’ah, dan taqlid. Pada tema ke-limanya, beliau meletakkan pelbagai masalah umum secara selektif.

Setiap bab-bab di setiap tema, beliau letakkan judul-judul yang bersesuaian mengikuti apa yang diutarakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah. Manakala beberapa bentuk catatan tambahan, takhrij hadis, dan komentar ringkas, penulis letakkan pada nota kaki setiap bahasan jika diperlukan.

Semoga apa yang disarikan oleh penulis (Syaikh Alawi) dari karya-karya Ibnu Taimiyah ini mampu menjadi bekal ilmu bermanfaat buat para pembaca. Tidak mampu membuka lembaran-lembaran besar Syaikhul Islam, Alhamdulillah kini Allah memudahkan kita menela’ah sebahagian darinya. Semoga kita bijak memanfaatkannya dan tidak mensia-siakannya. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

 

Apabila tidak menemukan Semua Jenis buku yang Anda cari, dapat ditanyakan atau silahkan hubungi via:
E-Mail: mitraahmad_buku@yahoo.com
atau
SMS: 08988 799 999 / 082121 992 888  kami akan membantu Anda

Komentar Pembaca
Tuliskan Komentar anda disini
Nama*
Email* (email tidak ditampilkan)
Komentar*
(Masukan 3 huruf atau angka berwarna hitam pada kotak di bawah)
captcha image